KENYATAAN TENDER
Tender adalah dipelawa kepada Kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB) dan Bahagian Pembangunan Kontraktor Dan Usahawan (BPKU) Kementerian Kerja Raya Malaysia serta Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dalam Gred dan Kategori yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut :
TAJUK PROJEK/ NO. TENDER | GRED DAN KATEGORI | TEMPAT DAN TARIKH LAWATAN TAPAK | HARGA, TEMPAT DAN TARIKH JUAL DOKUMEN | TEMPAT, TARIKH DAN WAKTU TUTUP TENDER |
PROJEK PEMBAIKAN CERUN DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI TAMAN PUTERI LAGENDA, GURUN, MP SUNGAI PETANI NO.TENDER : 132/2024 (KEJ) |
CIDB Bumiputera Gred : G4 Kategori: CE Pengkhususan: CE08, CE21 & CE36 Berdaftar Dengan CIDB, PKK Dan MPSPK |
Tarikh: |
Harga: Tempat: Kaunter Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman Dokumen dijual dari 09 September 2024 |
Kaunter Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman Pada : Waktu :
*Tender yang lewat diterima tidak akan dilayan
|
Petender yang berminat DIWAJIBKAN menghadiri Taklimat Dan Lawatan Tapak pada 09 September 2024 (Isnin) pada pukul 10.00 pagi di Taman Puteri Lagenda,Gurun. Hanya PEMILIK/PENGARAH SYARIKAT yang DIBENARKAN menghadiri Taklimat dan Lawatan Tapak dengan membawa bersama sijil pendaftaran ASAL Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dari Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera (STB) dari Bahagian Pembangunan Kontraktor Dan Usahawan (BPKU) Kementerian Kerja Raya Malaysia, Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam SPKK, PPK dan STB.
Dokumen Meja Tender boleh disemak di Kaunter Jabatan Kewangan Tingkat 4, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman sepanjang tempoh tender dan Dokumen Tender boleh diperolehi di pejabat seperti alamat di atas pada waktu pejabat seperti di berikut :-
Ahad – Rabu | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
2.15 petang – 4.30 petang | ||
Khamis | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
2.15 petang – 3.00 petang |
Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil kontraktor hendaklah membawa sijil pendaftaran (ASAL dan satu (1) SALINAN) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dari Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera (STB) dari Bahagian Pembangunan Kontraktor Dan Usahawan (BPKU) Kementerian Kerja Raya Malaysia. Salinan – salinan Perakuan dah/atau Sijil yang berkenaan boleh diterima jika disahkan oleh pejabat yang mengeluarkannya.
Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia dan di dalam bentuk draf bank/kiriman wang/wang pos di atas nama Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani. (Bayaran ini tidak akan dikembalikan).
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
Tarikh Iklan : 19 Ogos 2024