PEMAKLUMAN : IKLAN JAWATAN KOSONG MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU OGOS 2024

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan adalah kepada anak Negeri Kedah Darul Aman yang berumur tidak kurang dari 18 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :-
 
NAMA JAWATAN / GRED : JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19 (KONTRAK)
 
BIL. KEKOSONGAN : 1 KEKOSONGAN SAHAJA
 
JADUAL GAJI MINIMUM – MAKSIMUM :
MIN – RM 1,377.00, MAKSIMUM – RM 4052.00
 
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM 100.00
 
Pemohon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Majlis Daerah Bandar Baharu yang boleh didapati di Kaunter Bahagian Kewangan, Majlis Daerah Bandar Baharu dengan bayaran proses RM 3.00 atau muat-turun secara percuma melalui LAMAN WEB RASMI, Majlis Daerah Bandar Baharu mulai 24 OGOS 2024 (RABU).
 
Borang permohonan yang lengkap diisi beserta salinan dokumen yang telah disahkan perlu dihantar menggunakan sampul berukuran 22cm x 32cm dan dihantar ke alamat berikut :
 
TUAN YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU
09800 SERDANG
KEDAH DARUL AMAN.
(U.P: BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN DAN KORPORAT)
TEL : 04-4077264
 
ATAU
 
Borang boleh diserahkan di Kaunter Bahagian Khidmat Pengurusan dan Korporat MDBB, Serdang, Kedah.
 
Nama jawatan dan gred yang dipohon hendaklah dinyatakan di kiri sebelah atas sampul surat permohonan.
 
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 12 SEPTEMBER 2024 (KHAMIS) JAM 3.30 PETANG.
 
Sekian, harap maklum.

** Muat-turun borang permohonan jawatan kosong  DI SINI

Skip to content