Pertandingan Dart Beregu Terbuka Piala Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu 2024

24 Ogos 2024 (Sabtu) – Bertempat di Dewan Wawasan Jitra, Kedah satu Pertandingan Dart Beregu Terbuka Piala Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu telah dianjurkan dimana memperlihatkan penyertaan seramai 224 peserta.

Pertandingan yang telah berlangsung selama sehari telah berjalan dengan lancar dimana penyertaan yang memberangsangkan dari negeri-negeri lain termasuk Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Pertandingan dart kali ini menawarkan hadiah-hadiah yang menarik termasuk RM 2,300.00 bersama Piala YDP bagi Johan Keseluruhan, Naib Johan RM1,000.00 bersama piala, tempat ketiga dan keempat RM400.00 bersama medal dan tempat kelima hingga kelapan sebanyak RM100.00 bersama medal.

Pertandingan Dart Beregu Terbuka Piala Yang Dipertua MPKP telah dimenangi oleh pasukan Sayong B dari negeri Perak yang membawa pulang hadiah wang tunai RM2,300.00 bersama piala YDP MPKP manakala Naib Johan dimiliki oleh pasukan Gelong Dart Club B (GDC) dari Kedah yang membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.00 bersama piala manakala tempat ketiga dan kempat dimenangi oleh pasukan Batu Pahat Dart Club (BPDC) dari Perlis dan pasukan Pondok A dari Pulau Pinang masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM400.00 bersama medal.

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

Skip to content