PERBARISAN HARI KEBANGSAAN 2024

“Mulai 31 Ogos 1957, (kita) akan menjadi sebuah negara berdaulat dan demokratik untuk selama-lamanya, yang dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan serta sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya” – Tunku Abdul Rahman

Bagi menghayati Hari Kebangsaan, pada hari ini Perbarisan Dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan yang ke-67 telah diadakan bertempat di Dataran Medan Bandar, Alor Setar.

Kontijen MPSPK turut bersama kontinjen daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta berarak dengan penuh semangat patriotik.

Dengan adanya program seperti ini, bukan sahaja mengingatkan kita kepada pengorbanan pejuang kemerdekaan, tetapi juga untuk menunjukkan cinta dan taat setia kepada negara tercinta. Kehadiran penonton yang membanjiri Dataran Medan Alor Setar menunjukkan ramai rakyat Malaysia yang beesemangat dan bangga meraikan Hari Kebangsaan.

Turut hadir Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK. Jutaan terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada semua kontinjen MPSPK yang menunjukkan komitmen yang tinggi dalam penglibatan sepanjang bulan kemerdekaan ini.

Skip to content