SESI TEMUDUGA JAWATAN KOSONG MPSPK

Sesi temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan Pembantu Tadbir N19 telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat 2, Aras 5 Menara MPSPK. Seramai 72 orang calon telah hadir untuk menghadiri sesi temuduga tersebut.

Panel temuduga yang terlibat adalah Setiausaha MPSPK Puan Setiausaha MPSPK, Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK. Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Natasya binti Ismail bersama Encik Mohamad Azmi Bin Yaacob Jurutera Daerah Kuala Muda dan Encik Abdul Manaf Bin Majid dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kedah.

Semoga dipermudahkan urusan temuduga buat semua calon yang hadir. Selamat maju jaya!

Skip to content