PROGRAM FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD) KAJIAN RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)

2 SEPTEMBER 2024 (ISNIN)

THE EVENT HALL SERDANG, KEDAH.

Program Focus Group Discussion (FGD) Kajian Rancangan Tempatan Majlis Daerah Bandar Baharu, Kedah 2035 (Penggantian) ini telah berlangsung pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di The Event Hall Serdang, Kedah.

Seramai lebih kurang 120 orang peserta meliputi penjawat awam persekutuan dan negeri hadir ke majlis tersebut yang mewakili pelbagai jabatan / agensi teknikal, wakil – wakil YB Ahli Parlimen dan ADUN, Ahli Majlis MDBB, Pengerusi MKK, wakil pemaju hartanah dan penggiat sektor pelancongan .

Sesi pagi melibatkan Jabatan Teknikal / Agensi & Jabatan Dalaman bagi memfokuskan Perancangan Spatial Yang Seimbang Dan Optimum yang melibatkan 4 kumpulan iaitu Kumpulan 1: Gunatanah dan Fizikal, Kumpulan 2: Ekonomi, Kumpulan 3: Sosial dan Kumpulan 4: Pengangkutan dan Infrastrukur
Sesi FGD di sebelah petang lebih memfokuskan kepada isu komuniti yang melibatkan 5 kumpulan daripada komuniti yang terdiri daripada wakil YB Ahli Parlimen, wakil YB ADUN, Ahli Majlis MDBB, pemimpin komuniti (MKK), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), wakil pemaju serta penggiat sektor pelancongan di Daerah Bandar Baharu yang membincangkan perkara berkaitan kepada pemajuan dan pembangunan di Daerah Bandar Baharu.

Rancangan Tempatan Majlis Daerah Bandar Baharu 2020 sebelum ini yang yang disediakan di bawah peruntukkan Akta 172 dan diwartakan oleh Pihak Berkuasa Negeri kini telah tamat tempoh perancangan. Oleh itu, Majlis Daerah Bandar Baharu selaku pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT) di bawah peruntukan Akta 172 sedang dalam peringkat penyediaan Kajian Rancangan Tempatan Majlis Daerah Bandar Baharu (Penggantian) yang baharu sehingga tahun 2035.

Program FGD ini dirasmikan oleh Encik Mohamad Izwan bin Dato’ Paduka Mohd Omar, Setiausaha Majlis Daerah Bandar Baharu.

Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah dirakamkan kepada PlanMalaysia melalui Pejabat Projek Zon Utara (PPZU), PlanMalaysia Negeri Kedah dan pasukan perunding yang dilantik diketuai oleh Asnatech Planning Consultant atas penganjuran program yang sangat penting dan bermanfaat ini dengan kerjasama Majlis Daerah Bandar Baharu. Penghargaan juga ditujukan kepada wakil-wakil jabatan /agensi peringkat Negeri dan Persekutuan, wakil komuniti, pemaju hartanah, penggiat sektor pelancongan serta Jabatan Dalaman MDBB yang terlibat.

Skip to content