4 September 2024 – Rabu
Majlis Daerah Sik bersama Ahli Majlis, Majlis Daerah Sik dengan kerjasama Encik Fadzil bin Mat Lazim (Penganjur Pasar Malam Bandar Baru Beris Jaya) telah selesai menjayakan program Pelancaran Pelaksanaan Arahan Memberhentikan Seketika Operasi Perniagaan Pasar Malam Ketika Waktu Maghrib di Tapak Pasar Malam Bandar Baru Beris Jaya (BBBJ).
 
Program yang bermula pada jam 6:45 petang ini turut melibatkan aktiviti taklimat ringkas berkaitan program seterusnya sesi beramah mesra bersama para peniaga di samping edaran pamphlet/ risalah berkaitan arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman tersebut di mana aktiviti perniagaan perlu dihentikan seketika (dengan mematikan lampu di setiap kanopi masing-masing) bermula 10 minit sebelum masuk waktu Maghrib sehingga 15 minit selepas masuk waktu Maghrib. Seterusnya program ini diakhiri dengan aktiviti solat secara berjemaah di surau yang telah disediakan.
 
Program ini dijalankan berikutan satu keputusan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Kedah Darul Aman yang telah bersidang pada 21 Februari 2024 (Rabu) iaitu Memberhentikan Seketika Operasi Perniagaan Pasar Malam Ketika Waktu Maghrib berkuatkuasa pada 1 Mei 2024 (Rabu).
Pihak Majlis Daerah Sik merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya Ahli Majlis, Majlis Daerah Sik, Penganjur Pasar Malam BBBJ dan para peniaga yang memberi kerjasama penuh dan sangat menggalakkan.
 
Skip to content