17 September 2024 – Dataran Putra Kulim hari ini menjadi saksi kemeriahan sambutan Perarakan dan Perbarisan sempena Hari Kebangsaan ke-67 Peringkat Daerah Kulim yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kulim. Acara yang diadakan dengan penuh semangat patriotik ini melibatkan penyertaan pelbagai agensi kerajaan dan organisasi tempatan.

Sambutan ini turut disertai oleh pelbagai pertubuhan masyarakat dan pelajar dari sekolah-sekolah sekitar daerah Kulim yang turut memberikan persembahan semangat patriotik, menambahkan lagi kemeriahan acara tersebut. Orang ramai yang hadir tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan perbarisan yang penuh gilang-gemilang ini, sambil mengibarkan Jalur Gemilang dan menyanyikan lagu-lagu patriotik.

Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 Peringkat Daerah Kulim ini berjaya menarik kehadiran ramai dan menjadi platform untuk menyemarakkan lagi semangat cintakan negara dalam kalangan masyarakat setempat.

Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content