16 September 2024, Program Perasmian Karnival Perpaduan Komuniti Sempena Sambutan Hari Malaysia 2024 telah berlangsung bertempat di Taman Tasik Putra, Kulim.

YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK dalam ucapannya berkata “Program yang diadakan pada hari ini bukan sahaja untuk kita menyambut sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, tetapi juga bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan yang telah menjadi teras kepada kejayaan negara kita yang telah mencapai kemerdekaan kali ke 67. Selain itu, program pada malam ini juga turut disambut sempena sambutan Maulidur Rasul pada tarikh yang sama hari ini”.

“Pelbagai aktiviti telah diadakan melibatkan komuniti antaranya ialah seperti pertandingan memanah berbusana, pertandingan gubahan bunga, aktiviti untuk anak-anak kecil iaitu pertandingan mewarna serta bagi orang dewasa turut diadakan pertandingan melukis poster Hari Malaysia, pertandingan Deklamasi Sajak dan Syair, pertandingan dam aji dan pertandingan beragam kanak-kanak”.

“Selain itu, program ini turut mendapat penglibatan daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam menyampaikan bahan pameran dan maklumat berguna kepada pengunjung mengenai pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan untuk rakyat. Suasana pada malam tadi juga turut dimeriahkan lagi dengan “Fun Walk Kulim – 5km” Acara ini bukan sahaja menjadi aktiviti riadah yang menyihatkan, tetapi juga mencerminkan semangat kebersamaan dan kerjasama antara kita semua.”

YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK seterusnya merasmikan Majlis Penutup Karnival Perpaduan Komuniti Sempena Sambutan Hari Malaysia 2024 serta Sambutan Maulidur Rasul 1446H.

Turut hadir, YB Dato’ Ustazah Hajah Siti Ashah binti Hj.Ghazali, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Merbau Pulas; YB Encik Khairul Anwar bin Ramli, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Lunas; YB Encik Roslan bin Hashim, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu; Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Setiausaha Majlis Perbandaran Kulim; Supt Azizul bin Mohd Khairi, Ketua Polis Daerah Kulim dan YBsr Encik Mua’amar bin hj Mohamad Ali, Penolong Pegawai Daerah Pembangunan Fizikal, Pejabat Daerah Dan Tanah Kulim.

Terima kasih kepada pihak yang terlibat serta semua komuniti yang hadir dalam menjayakan program sempena Program Karnival Perpaduan Komuniti Sempena Sambutan Hari Malaysia 2024!!

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

#ProgramKarnivalPerpaduanKomunitiSempenaSambutanHariMalaysia2024

Skip to content