Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) ingin memaklumkan mengenai 𝐊𝐮𝐥𝐢𝐦 𝐒𝐦𝐚𝐫𝐭 𝐑𝐞𝐬𝐜𝐮𝐞, sebuah modul di dalam Kulim Integrated Database System (KIDS) yang dibangunkan untuk membantu pengurusan maklumat bencana alam secara efektif di daerah ini.
Melalui Kulim Smart Rescue, penduduk boleh melaporkan kejadian bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, atau ribut yang berlaku di kawasan Kulim dengan mudah melalui pautan digital yang disediakan. Semua maklumat akan diproses secara masa nyata (real-time) dan diselaraskan dengan pelbagai jabatan serta agensi berkaitan untuk memastikan tindakan pantas dan teratur dapat diambil.
Sistem ini juga memainkan peranan penting dalam membantu MPKK dan agensi-agensi terlibat merancang pembangunan dan menaik taraf infrastruktur di Kulim secara lebih mampan dan teratur.
Penduduk digalakkan untuk menggunakan Kulim Smart Rescue bagi melaporkan sebarang kejadian bencana alam. Langkah ini penting bagi memastikan pemantauan dan tindakan segera dapat dilaksanakan demi keselamatan serta kesejahteraan komuniti kita.
Kulim Smart Rescue: Bersama Kita Tangani Bencana dengan Efektif!
Sila isi link melalui pautan : https://survey123.arcgis.com/…/39b55e7e40eb4e2aa34463c8…
Sekian, terima kasih.
Dikeluarkan oleh:-
Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK)