MAJLIS PERASMIAN PESTA BUKU KEDAH
Yang Dipertua MPSPK YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah Pada Pagi Ini Turut Hadir Ke Pesta Buku Kedah Yang Diadakan Bertempat Di Village Mall Sungai Petani Kedah.
Majlis Perasmian Disempurnakan Oleh YAB Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor. YAB MB juga Dalam Baris Ucapannya Menyatakan Dalam Membina Masyarakat Yang Berdaya Saing, Kerajaan Negeri Kedah Sentiasa Komited Untuk Menggalakkan Budaya Menambah ilmu Perlu Dilaksanakan Di Semua Peringkat Umur Dan Masyarakat.
Semasa Majlis Perasmian Pesta Buku Ini, Turut Berlangsung Majlis Penyerahan Sumbangan Buku Kepada Beberapa Buah Sekolah Yang Terpilih.
Orang Ramai Boleh Membuat Pembelian Buku Daripada Lebih 50 Pempamer Dari Pelbagai Syarikat Penerbitan Yang Menyertai Pesta Buku Pada Tahun Ini. Pelbagai Aktiviti Menarik Antaranya Pertandingan Mewarna, Tarian Traditional, Dan Nyanyian Irama Malaysia Akan Turut Diadakan Bagi Memeriahkan Suasana Sepanjang Minggu Pesta Buku Berlangsung.