PROGRAM GOTONG ROYONG SEMPENA WORLD CLEANUP DAY

Maksudnya: “Dan Janganlah Kamu Berbuat Kerosakan Di Bumi Sesudah Allah Menyediakan Segala Yang Membawa Kebaikan Padanya, Dan Berdoalah Kepada-Nya Dengan Perasaan Bimbang (Kalau-Kalau Tidak Diterima) Dan Juga Dengan Perasaan Terlalu Mengharapkan (Supaya Makbul). Sesungguhnya Rahmat Allah Itu Dekat Kepada Orang Yang Memperbaiki Amalannya.” – Surah Al-A‘raf (56)

Pada Hari Ini Bermula Seawal Jam 7.30 Pagi, Serentak Dilaksanakan Di Seluruh Negara, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Menganjurkan Hari Cuci Malaysia: Program Mega Pembersihan bersempena World Clean Up Day 2024.

Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) Turut Tidak Ketinggalan Bersama-Sama Mengadakan Program Gotong Royong Membersihkan Kawasan Sekitar. Pasar Tani Menjadi Lokasi Tumpuan Pembersihan Pada Kali Ini Setelah Perlaksanaannya Di Pantai Rhu Tanjung Dawai tahun Lepas.

Majlis Perasmian Disempurnakan Oleh Yang Dipertua MPSPK YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah Diiringi Encik Rinizan bin Razali, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) Kuala Muda. Yang Dipertua Turut Menyempurnakan Gimik Perasmian Yang Disediakan Oleh Syarikat Environment Idaman Dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCORP). Hadir Bersama, Ahli-Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian Dan Warga Kerja MPSPK.

Sepanjang program Berlangsung, Yang Dipertua Turut Berkesempatan Meluangkan Masa Menyantuni Para Peniaga Dan Penduduk Sekitar Yang Berurusan Di Persekitaran Kawasan Tersebut. Kehadiran Yang Dipertua Disambut Baik Oleh Kesemua Mereka.

Perasmian Penutup Program Berakhir Dengan Penyampaian Hadiah Kepada Kumpulan Yang Mengumpul Sampah Terbanyak Dalam Pertandingan Timbang Sampah. Jumlah Keseluruhan Sampah Yang Berjaya Dikumpulkan Pada Hari Ini Ialah Sebanyak 662.18 Kilogram.

Jutaan Terima Kasih Juga Diucapkan Kepada SWCROP Dan E-Idaman Yang Bersama-Sama Membantu Dalam Menjayakan Program Ini. Seiring Dengan Slogan Bersih Indah Ceria Yang Telah Dilancarkan Julai Yang Lalu, MPSPK Akan Sentiasa Komited Dalam Menyumbangkan Tenaga Dan Memberikan Kerjasama Di Setiap Program Dan Aktiviti Kebersihan Di Negeri Ini.

Skip to content