MESYUARAT PERSIDANGAN MAJLIS PENUH DAN PENGISIAN KEROHANIAN OLEH PEGAWAI AGAMA DAERAH KUALA MUDA
“Mengejar Rezeki Jangan Mengejar Jumlahnya, Tapi Kejarlah Keberkatannya~ Saidina Ali Bin Abi Thalib r.a”
Pembuka Mesyuarat Persidangan Majlis Penuh, MPSPK Pada Hari Ini 29 September 2024 Dimulakan Dengan Sedikit Pengisian Kerohanian Yang Disampaikan Oleh Tuan Syeikh Ahmad Muzzammil Bin Yub, Pegawai Agama Daerah Kuala Muda Yang Berkongsi Mengenai Keberkatan Dalam Pekerjaan Di MPSPK.
Turut Bersama-Sama Dalam Pengisian Kerohanian Tersebut Adalah Yang Dipertua MPSPK, Yang Mulia Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah, Tuan Pegawai Daerah, Ybhg.Dato’ Haji Abdul Gafar bin Yahya, Barisan Ahli-Ahli Majlis, Puan Setiausaha, Pengarah-Pengarah Jabatan Dan Ketua-Ketua Bahagian.
Semoga Perkongsian Tersebut Sedikit Sebanyak Dapat Memberikan Panduan Dan Pengajaran Kepada Semua Ahli Mesyuarat.