10 KAKITANGAN MBAS TERIMA SIJIL PENYELAMAT PINGAT GANGSA (BRONZE MEDALLION)
15 Ogos 2024, Alor Setar – Seramai 10 kakitangan MBAS telah dianugerahkan Sijil Penyelamat Pingat Gangsa (Bronze Medallion) setelah lulus peperiksaan dalam pengetahuan praktik peringkat menengah dalam kaedah berenang, kebolehan memberi pertolongan cemas dan pemulihan nafas oleh Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia.
Penyerahan sijil telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Haji Md Daud bertempat di pejabat Datuk Bandar, Ibu Pejabat MBAS pagi tadi.
Hadir sama Tuan Setiausaha MBAS, En. Nasrankamil Noh; Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan MBAS, En. Rasyidi Othman; Ketua Bahagian Sumber Manusia MBAS, En. Sabri Dzakaria serta kakitangan terlibat.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'