ADUAN PERMASALAHAN DI TAMAN FLAT SETIA JAYA ALOR SETAR

08 Ogos 2024, Alor Setar – Pengarah Jabatan Kejuruteraan MBAS, Tn Haji Md Nayan Bahari dan Ahli Majlis MBAS kawasan Zon 14), En. Ahmad Hamadah Mohamad Shauki telah mengadakan satu lawatan tapak ke Taman Flat Setia Jaya, Alor Setar berikutan aduan yang diterima daripada penduduk di kawasan tersebut.
Hasil daripada pemantauan dan aduan penduduk setempat, terdapat beberapa isu yang dihadapi oleh masyarakat sekitar pangsapuri ini antaranya masalah kebersihan, kerosakan infrastruktur taman permainan, peningkatan kes denggi kesan daripada longkang yang tersumbat akibat sampah sarap dan isu keselamatan yang menjadi satu kebimbangan bagi penduduk flat berkenaan.
Oleh itu, pihak MBAS bersama agensi-agensi yang terlibat akan mengambil tindakan bagi mengatasi permasalahan ini. MBAS akan terus komited dalam memastikan kesejahteraan penduduk sentiasa dijaga dengan baik.
Skip to content