HENTIKAN VANDALISME, HARTA BENDA AWAM MILIK BERSAMA
Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab segelintir masyarakat yang telah melakukan kerosakan dan mengambil tanaman hiasan tanpa kebenaran di kawasan landskap jalan Kepala Batas-Hutan Kampung. Sikap tidak bermoral ini akan memberikan kesulitan terhadap pelbagai pihak dan perkara ini harus dibendung.
Pihak MBAS mengambil perhatian serius dalam permasalahan ini dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu atau kumpulan yang melakukan perbuatan vandalisme di kawasan pentadbiran MBAS.
Pihak MBAS memohon kerjasama orang ramai untuk melaporkan dengan segera kepada pihak MBAS jika mendapati berlaku perbuatan tidak bermoral tersebut serta berharap semua pihak boleh memainkan peranan bekerjasama untuk menjaga keindahan Bandar Raya ini.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'