KURSUS PEMANTAPAN AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 DAN KURSUS PEMANTAPAN AKTA JALAN, PARIT DAN BANGUNAN 1974.
Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan MBAS telah menganjurkan Kursus Pemantapan Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Kursus Pemantapan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Kursus ini telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 4 dan 5 Ogos 2024 bertempat di Jerai Hill Resort. Peserta kursus terdiri daripada anggota penguatkuasa, inspektor kesihatan dan juruteknik.
Penceramah yang dijemput adalah Dr Elina binti Mohd, Pegawai Undang-Undang, MBAS. Yang berusaha Tuan Nasrankamil bin Noh, Setiausaha MBAS telah hadir untuk merasmikan penutup kursus. Semoga peserta kursus dapat memanfatkan ilmu yang dipelajari.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'