MAJLIS PERASMIAN KEMPEN PASAR AWAM BERSIH MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR 2024
1 Ogos 2024, Alor Setar – Majlis Perasmian Kempen Pasar Awam Bersih Majlis Bandaraya Alor Setar 2024 yang telah berlangsung pagi tadi bertempat di Pasar Simpang Kuala. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Haji Md Daud.
Pada tahun ini, Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menganjurkan Kempen Pasar Awam Bersih 2024 bagi meningkatkan tahap kebersihan Pasar Awam. Pasar Simpang Kuala telah dipilih menyertai kempen ini dengan matlamat untuk mempertingkatkan tahap kebersihan pasar tersebut dengan pencapaian sasaran Gred B dan ke atas (>71%).
Pelbagai program dan inisiatif telah dirancang dan sedang dijalankan oleh pihak MBAS. Jesteru, pihak MBAS menyeru semua kepada semua peniaga, orang awam serta pihak-pihak terlibat agar memberikan kerjasama dalam menjayakan kempen tersebut.
“JADIKAN PASAR AWAM SEJAHTERA, SEGAR DAN SELESA”
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'