PERHIMPUNAN KORPORAT BAGI BULAN JULAI 2024 MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

29 Julai 2024 – Majlis Perhimpunan Korporat Majlis Bandaraya Alor Setar bagi bulan Julai 2024 telah berlangsung sebentar tadi bertempat di Dewan As-Sakinah, Tingkat 7, MBAS. Majlis telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud. Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Kedah dan lagu rasmi MBAS dipersembahkan oleh kumpulan koir MBAS yang seramai 22 orang.
Perhimpunan korporat pada kali ini diisi dengan satu sesi taklimat mengenai pengurusan tatatertib di pihak berkuasa tempatan yang disampaikan oleh Pegawai Undang-Undang MBAS, Dr. Elina Binti Mohd. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan daripada YBhg. Datuk Bandar Alor Setar.
Hadir sama Tuan Setiausaha MBAS, En. Nasrankamil Bin Noh, , Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Bahagian serta seluruh kakitangan Majlis Bandaraya Alor Setar.
Skip to content