PROGRAM MAI KIBAR JALUR GEMILANG MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR 2024
18 Ogos 2024, Alor Setar – Kira-kira 1000 Jalur Gemilang diedarkan di Program Mai Kibar Jalur Gemilang di Bandar Raya Alor Setar peringkat MBAS sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-67 dan Hari Malaysia 2024 sebentar tadi bertempat di Jalan Kolam Air, Alor Setar. Ia bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotik di kalangan masyarakat Malaysia khususnya di Bandar Raya Alor Setar.
Program tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Setiausaha MBAS, En. Nasrankamil Bin Noh dengan mengedarkan Jalur Gemilang kepada kenderaan-kenderaan rasmi MBAS serta kenderaan-kenderaan awam yang melalui Jalan Kolam Air tersebut.
Hadir sama di program tersebut ialah Ahli-Ahli Majlis MBAS, Pengarah-Pengarah MBAS, Ketua-Ketua Bahagian MBAS serta kakitangan terlibat.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'