PROGRAM SEMBANG SANTAI BERSAMA DATUK BANDAR ALOR SETAR

26 Julai 2024, Alor Setar – Program Sembang Santai Bersama Datuk Bandar Alor Setar yang telah diadakan bertempat di Pondok KRT hujung Jalan Ambar. Program ini diadakan melalui inisiatif Tuan Haji Zulkifli bin Che Haron, Ahli Majlis MBAS merangkap pegawai kawasan zon 9 dibantu oleh Ketua Bahagian Sukan, MBAS merangkap Penolong Pegawai Kawasan Zon 9, En. Ahmad Faisal bin Hussin.
 
Program tersebut telah dirasmikan oleh ADUN Derga, YB Muhammad Amri bin Wahab. Pelbagai isu-isu serta cadangan telah diberikan oleh para penduduk yang hadir demi pembangunan kesejahteraan penduduk setempat.
 
Hadir sama Ketua Bahagian Pembangunan & Kerja Awam MBAS, En. Ahmad Sujairi bin Md. Hassan; Pengerusi KRT Hujung Jln. Ambar, En. Ramli b. Mokhtar serta komuniti penduduk dari Kg. Hujung Jln. Ambar, Kg. Titi Siam dan Kg. Belakang Tmn. Mahkota.
 
Usai program sembang santai, YBhg. Datuk Bandar sempat meluangkan masa menyerahkan sumbangan kerusi roda kepada penduduk yang telah dikenal pasti oleh pihak ahli majlis. Penyerahan tersebut merupakan sebahagian dari aktiviti tanggungjawab sosial korporat (corporate social responsibility – csr).
 
Skip to content