Untuk makluman semua, Kerajaan Negeri Kedah mengalu-alukan pendapat dan pandangan bagi penyediaan Bajet Negeri Kedah 2025 bagi memenuhi hasrat “𝙆𝙚𝙙𝙖𝙝 𝙎𝙚𝙟𝙖𝙝𝙩𝙚𝙧𝙖 𝙉𝙞𝙠𝙢𝙖𝙩 𝙐𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙎𝙚𝙢𝙪𝙖”.

Sehubungan itu, satu 𝘭𝘪𝘯𝘬 libat urus secara atas talian telah disediakan sebagai platform kepada Tuan/Puan untuk menyuarakan pandangan dan pendapat bagi Cadangan Bajet Negeri Kedah 2025

𝘓𝘪𝘯𝘬 Libat Urus Secara Atas Talian Cadangan Bajet Negeri Kedah 2025 adalah seperti berikut:

https://ibajet2.kedah.gov.my/CadanganBajet2025

Sesi dapatan secara atas talian ini bermula pada 10 September 2024 (Selasa) dan akan berakhir pada 10 Oktober 2024 (Khamis).

Segala pandangan dan cadangan didahulukan dengan ucapan Terima Kasih.

Unit Belanjawan

Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah Darul Aman

Tarikh: 10 September 2024

Tel: 04-702 7728/ 7752

Emel: pkpk_belanjawan@kedah.gov.my

Sumber : Pejabat Kewangan Dan Perbendaharaan Negeri Kedah Darul Aman

Skip to content