𝟎𝟐 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐑𝐀𝐁𝐔)
Majlis dimulakan dengan Majlis Angkat Sumpah Pegawai Kesihatan Daerah Yan sebagai Ahli Majlis MDY Penggal 2023-2025.
Majlis diteruskan dengan Mesyuarat Majlis Penuh Majlis Daerah Yan Bilangan 9 Tahun 2024 yang dipengerusikan oleh Puan Yang Dipertua Majlis Daerah Yan, Puan Maznim binti Ismail, AMK., BCK. pada jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan, Yan, Kedah.
Agenda Mesyuarat Majlis Penuh ini dimulakan dengan aluan Puan Yang Dipertua Pengerusi dan disusuli dengan Agenda Mengesah dan Meluluskan Minit Mesyuarat Majlis Penuh Bilangan 8 Tahun 2024 bertarikh 29 Ogos 2024 lalu serta laporan maklum balas perkara – perkara berbangkit dari Minit Mesyuarat tersebut.
Agenda Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan menerima ketetapan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) MDY, Mesyuarat Jawatankuasa Tetap MDY dan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kecil MDY.
Agenda Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan pembentangan kertas-kertas makluman dan kertas kerja serta pelaporan untuk pertimbangan Majlis oleh jabatan / unit MDY.
Agenda Mesyuarat kemudiannya disusuli dengan hal – hal lain dan diakhiri dengan ucapan penangguhan oleh Puan YDP Pengerusi.
Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Ahli-ahli Majlis MDY (politik dan ex-officio), Ketua-Ketua Jabatan / Unit MDY dan urus setia mesyuarat yang terlibat.
Puan YDP Pengerusi turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir di atas komitmen tinggi dan kerjasama padu yang diberikan sepanjang mesyuarat berlangsung.