PENGANUGERAHAN BANDAR MAMPAN MURNINETS 2.0 TAHUN 2024

““The future is in our hands, let’s come together, raise our voices, and demand the sustainable and just the world we deserve” – Helena Gualinga

Setiausaha MPSPK Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali hadir menerima penganugerahan Anugerah Bandar Mampan MURNInets 2.0 pada Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Tahun 2024 Peringkat Negeri Kedah.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor di Dewan Seri Mentaloon, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, Alor Setar Kedah.

Murninets merupakan satu indikator bagi mengukur dan menilai kemampanan sesuatu kawasan Pihak Berkuasa Tempatan melalui penunjuk bandar yang telah ditetapkan. Ini merupakan kali keenam MPSPK menerima anugerah tersebut.

Turut hadir Pengarah Jabatan Perancangan Bandar TPr. Puan Rohani bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan Bangunan Encik Suhairi bin Mustaffa, Ketua Bahagian Pusat Setempat (OSC) Encik Ahmad Jamaluddin bin Ali, Pengarah Jabatan Kejuruteraan Encik Zahir bin Salleh, Pengarah Jabatan Landskap dan Rekreasi Encik Muhammad Hasrun bin Ahmad, juga pegawai-pegawai jabatan dan bahagian yang terlibat.

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja MPSPK atas penganugerahan ini. Semoga MPSPK terus cemerlang menjadi antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mampan di negeri Kedah.

Skip to content