PENGIKTIRAFAN PBT CEMERLANG KEMPEN KESIHATAN PERSEKITARAN KPKT 2024 SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN HARI KESIHATAN PERSEKITARAN SEDUNIA KPKT 2024

Bertempat di Bangi Avanue Convention Centre, Kajang Selangor, telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) 2024 yang diadakan pada 8 Oktober 2024 bermula jam 8.30 pagi.

SHKPS 2024 bertemakan “Persekitaran Lestari Pemacu Malaysia MADANI” merupakan acara tahunan KPKT sejak tahun 2012 dengan objektif untuk mempromosi peranan dan sumbangan KPKT dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam penjagaan kebersihan dan kesihatan persekitaran, khasnya dalam penjagaan aspek pencegahan penyakit dan memelihara kesejahteraan komuniti di kawasan PBT.

Selain itu, SHKPS menjadi platform dalam kalangan pegawai-pegawai teknikal PBT dan para profesional dalam bidang kesihatan persekitaran untuk membentangkan kertas- kertas kerja saintifik, amalan terbaik (best practice) dan inovasi yang berkaitan dengan kesihatan persekitaran.

SHKPS 2024 turut memberi pengiktirafan kepada PBT yang cemerlang dalam pelaksanaan kempen-kempen kesihatan persekitaran anjuran KPKT bagi tahun 2024 dan Pertandingan Pengiktirafan Medan Selera Bersih di Kawasan PBT Tahun 2024.

Kempen Kesihatan Persekitaran KPKT melibatkan tujuh (7) sub program utama Kesihatan Persekitaran iaitu Kempen Cegah Wabak Denggi, Kempen Membasmi Hotspot Denggi, Kempen Membasmi Infestasi Tikus, Kempen Premis Makanan Bersih, Kempen Pasar Awam Bersih, Kempen Tandas Awam PBT Bersih “BMW” dan Kempen Pengurusan Haiwan Terbiar.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Hajah Aiman Athirah Binti Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan.

Turut hadir Yang Dipertua MPSPK YM Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah bersama Pengarah Jabatan Kesihatan dan Persekitaran, Tuan Haji Ayob bin Din, diiringi Ketua Bahagian Kesihatan Am, Puan Nurul Syafiza binti Hassan, Ketua Bahagian Inspektorat Puan Syakirah binti Kadir dan Ketua Bahagian Pelesenan Puan Fatin binti Ruslan.

Keberkesanan dalam melaksanakan Kempen Bersih, Indah dan Ceria ( B.I.C ) Sungai PetaniKu yang diilhamkan oleh YDP MPSPK dan usaha berterusan kakitangan telah menjayakan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) memenangi anugerah PBT Cemerlang dan Terbaik bagi Kategori KEMPEN CEGAH WABAK DENGGI manakala Majlis Perbandaran Kulim (MPK) juga memenangi anugerah PBT Cemerlang dan Terbaik bagi Kategori TANDAS AWAM PBT BERSIH BMW diantara 156 PBT di seluruh Malaysia.

Manakala Majlis Daerah Padang Terap Mendapat Penganugerahan 5 BINTANG bagi Penarafan Bintang Audit PPAT.

Tahniah diucapkan kepada ketiga-tiga PBT dari Negeri Kedah di atas penganugerahan dan pengiktirafan yang diberikan oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Semoga terus sukses di masa hadapan

Skip to content