UPACARA PENUKARAN BENDERA NEGERI KEDAH DARUL AMAN.

27 Ogos 2024, Alor Setar – Upacara penukaran bendera Negeri Kedah Darul Aman kali ke-2 tahun 2024 yang telah dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan MBAS sebentar tadi bertempat di Dataran Medan Bandar. Pasukan kawad bendera MBAS terdiri daripada 2 orang pegawai dan 6 orang anggota penguatkuasa diketuai oleh Insp Zaki bin Osman.
 
Upacara berkenaan diadakan bagi memastikan bendera Negeri Kedah dapat dikibarkan dalam keadaan sempurna sempena Majlis Istiadat Perbarisan dan Perarakan Sambutan Hari Kebangaaan Kali ke-67 Peringkat Negeri Kedah Darul Aman tahun 2024.
 
Skip to content