TEMUDUGA GERAI-GERAI MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI KEDAH
Seramai 33 orang peniaga telah hadir menghadiri temuduga bagi Kompleks Jeti Semeling, Laman Selera Penghulu Him, Satay Central @ Semeling dan Industri Gurun yang diadakan di Bilik Mesyuarat 2, Tingkat 5 Menara MPSPK pada pagi ini.
Sesi Temuduga dipengerusikan oleh Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali bersama panel Pengarah Jabatan dan Penilaian Harta Cik Natasya binti Ismail, Pengarah Jabatan Kejuruteraan Encik Mohd Zahir bin Salleh bersama Ahli Majlis Zon 18 Ustaz Mohamad bin Ismail.