KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Pembekal-pembekal BUMIPUTERA yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan MPSPK serta mempunyai Lesen KDN adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebut harga di bawah ini.

BIL NO SEBUT HARGA PROJEK KOD BIDANG
2. NO. T01/2024 (PER)

TENDER PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA API DI KOMPLEKS MENARA MPSPK DAN BANGUNAN-BANGUNAN MILIK MPSPK UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN.

220801

 

 

Harga Dokumen : RM50.00 senaskhah (kad debit / kad kredit / boost / touch n go)

Dokumen tawaran ini boleh didapati di Kaunter Kaunter Jualan Dokumen Tender Dan Tender, Tingkat 4, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman mulai 22 Oktober 2024 pada hari dan waktu seperti di bawah :-

Ahad – Rabu : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 4.30 petang
Khamis : 8.30 pagi – 12.45 tengah hari
    2.15 petang – 3.00 petang

Pembekal atau wakil pembekal dikehendaki membawa dokumen asal Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia, Lesen KDN dan Sijil Akuan Pendaftar Pembekal yang dikeluarkan oleh MPSPK.

Tarikh tutup sebut harga ialah pada 12 NOVEMBER 2024, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri/bermeteri, bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dan dihantar kepada Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebutharga di Kaunter Jualan Dokumen Tender Dan Tender, Tingkat 4, Jabatan Kewangan, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.

 

 

 

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI

Tarikh Iklan : 22 Oktober 2024

Skip to content