KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
Pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan MPSPK adalah dipelawa untuk mendaftar bagi kerja-kerja sebut harga di bawah ini.
BIL | NO SEBUT HARGA | PROJEK | KOD BIDANG |
1 | NO. 24/2024 (PER) |
SEBUT HARGA PERKHIDMATAN SEWAAN DAN SELENGGARAAN DUA (2) UNIT MESIN FOTOSTAT (HEAVY DUTY) HITAM/PUTIH UNTUK JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN MPSPK, SATU (1) MESIN FOTOSTAT (MEDIUM DUTY) HITAM/PUTIH UNTUK KEGUNAAN BAHAGIAN UNIT SETEMPAT (OSC) DAN SATU (1) UNIT MESIN FOTOSTAT (MEDIUM DUTY) HITAM/PUTIH TERMASUK TAMBAHAN DULANG PENGAKHIR (FINISHER TRAY) & TEMPAT SIMPANAN KERTAS A4 UNTUK KEGUNAAN JABATAN KEJURUTERAAN MPSPK BAGI TEMPOH LIMA (5) TAHUN |
221502
|
Harga Dokumen : RM20.00 senaskhah (kad debit / kad kredit / boost / touch n go)
Dokumen tawaran ini boleh didapati di Seksyen Perolehan, Jabatan Kewangan, Tingkat 4, Menara MPSPK mulai 27 Oktober 2024 pada hari dan waktu seperti di bawah :-
Ahad – Rabu | : | 8.15 pagi – 12.45 tengah hari |
2.15 petang – 4.30 petang | ||
Khamis | : | 8.15 pagi – 12.45 tengah hari |
2.15 petang – 3.00 petang |
Pembekal atau wakil pembekal dikehendaki membawa dokumen asal Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil Akuan Pendaftar Pembekal yang dikeluarkan oleh MPSPK.
Tarikh tutup sebut harga ialah pada 05 NOVEMBER 2024, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri/bermeteri, bertulis nama tawaran dan nombor sebut harga dan dihantar kepada Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Menara MPSPK, Jalan Patani, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman atau dimasukkan terus ke dalam Peti Tawaran Sebutharga di Jabatan Kewangan (Seksyen Perolehan), Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kompleks Menara MPSPK, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
Tarikh Iklan : 27 Oktober 2024