24 Oktober 2024 – Sempena Perayaan Deepavali yang bakal diraikan, Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) telah menganjurkan Majlis Hi-Tea Cahaya Deepavali 2024 bertemakan “Sama-Sama Dikongsi.” Majlis ini diadakan di Dewan Putra Kulim, Kedah dengan matlamat menyantuni komuniti, khususnya golongan kurang berkemampuan dalam kalangan penganut agama Hindu di Daerah Kulim.

Program ini adalah salah satu usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) MPKK yang bertujuan untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan agar mereka dapat menyambut Deepavali dengan lebih bermakna. Selain itu, inisiatif ini turut bertujuan memupuk rasa kesejahteraan dan keamanan dalam kalangan penduduk setempat.

YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK dalam ucapannya berkata, pihak MPKK amat menghargai kehadiran komuniti dalam Program Cahaya Deepavali yang pertama kalinya diadakan di bawah anjuran MPKK.

Program ini melibatkan 18 zon Ahli Majlis dan Pegawai Kawasan (AO), dengan 10 wakil penerima sumbangan daripada setiap zon.

YBhg. Dato’ YDP mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli jawatankuasa yang menganjurkan program ini dan menekankan pentingnya perpaduan serta keharmonian dalam masyarakat Malaysia.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Puan Setiausaha MPKK; Ahli-Ahli Majlis MPKK; serta rakan strategik media MPKK.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat serta semua komuniti yang hadir dalam menjayakan Majlis Hi-Tea Cahaya Deepavali 2024 “Sama-Sama Dikongsi”!!

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisHi-Tea

#CahayaDeepavali2024

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content