TEMUDUGA GERAI-GERAI MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI KEDAH
Seramai 38 orang peniaga telah hadir menghadiri temuduga bagi Gerai Taman Keladi, Kiosk B Pantai Merdeka dan Gerai Hadapan Kilang Sumirubber yang diadakan di Bilik Mesyuarat 2, Tingkat 5 Menara MPSPK pada pagi ini.
Sesi Temuduga dipengerusikan oleh Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali bersama panel Pengarah Jabatan Kejuruteraan Encik Mohd Zahir bin Salleh, Ahli Majlis Zon 7 Encik Mohammad Izzudin bin Mohd Dali dan akhir sekali Ahli Majlis Zon 4 Puan Lean Hooi Chian.