PROGRAM CITRA NUSA@MUZIUM DAN PAMERAN GALERI SEJARAH ARKEELOGI LEMBAH BUJANG 2024

Sekitar hari kedua Program Citra Nusa@Muzium dan Pameran Galeri Sejarah Arkeologi Lembah Bujang 2024 yang sedang berlangsung di Muzium Arkeologi Lembah Bujang.

Majlis Pevrasmian telah disempurnakan oleh Sultan Negeri Kedah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah. Turut hadir Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, dif-dif kenamaan dan Setiausaha MPSPK Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK.

Program ini merupakan anjuran Jabatan Muzium Malaysia menerusi Muzium Arkeologi Lembah Bujang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan melindungi khazanah negara disamping merasmikan permbukaan semula Galeri Arkeologi Lembah Bujang MALB yang ditutup sejak Oktober 2021 bagi kerja-kerja menaik taraf.

Orang ramai yang berkelapangan dijemput hadir memeriahkan program berkonsepkan “edutainment” ini menerusi acara-acara menarik yang telah diatur selama tiga hari program berlangsung bermula dari 1 November sehingga 3 November 2024.

Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content