Adalah dimaklumkan bahawa Rancangan Tempatan Majlis Daerah Bandar Baharu 2020 (Draf Pengubahan 4) boleh didapati untuk diperiksa.

Orang ramai dijemput untuk menyemak laporan tersebut bermula dari 13 November 2024 hingga 12 Disember 2024 di :

  • Lobi Pejabat Majlis Daerah Bandar Baharu, 09800, Serdang Kedah.
  • Pejabat Cawangan Majlis Daerah Bandar Baharu.
  • PLANMalaysia Kedah, Tingkat 10, Bangunan Sultan Abdul Halim, Alor Setar.

Kaunter publisiti dibuka bermula jam 8.30 pagi – 4.00 petang (Ahad – Rabu) dan 8.30 pagi – 3.00 petang (Khamis) pada hari bekerja sahaja.

Bantahan atau Cadangan representasi berkenaan Rancangan Tempatan Majlis Daerah Bandar Baharu (Draf Pengubahan 4) boleh dibuat melalui borang bantahan dan dikemukakan sebelum 12 Disember 2024 (sebelum jam 5:00 petang) di kaunter publisiti di pejabat berkenaan dan melalui:

Borang Bantahan & Laporan Publisti Pengubahan 4 RTMDBB 2020 – https://shorturl.at/qtaNL

Skip to content