06 November 2024 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) menerima kunjungan hormat dan lawatan kerja daripada Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP). Delegasi ini diketuai oleh Puan Mashitohk binti Ali, Pengarah Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MPKP.

Sesi taklimat dimulakan dengan ucapan aluan daripada Encik Ahmad Shakir bin Arus, Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran MPKK, yang seterusnya disusuli dengan taklimat mengenai Kaedah Kutipan (Kad Debit dan Resit) yang disampaikan oleh Encik Firdaus bin Saiden, Ketua Bahagian Peniaga Kecil Dan Penjaja, Jabatan Kesihatan Persekitaran MPKK.

Turut hadir, Ts. Mohammad Daniel Bin Shukor, Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Maklumat MPKK.

Delegasi seterusnya dibawa melawat ke tapak Pasar Malam Pekan Kulim, untuk melihat secara langsung pelaksanaan dan pengurusan aktiviti perniagaan di kawasan tersebut.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama antara kedua-dua pihak dan meningkatkan perkhidmatan yang lebih baik dan efisien kepada masyarakat.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

#KulimSmartCity

#thegreaterkedah

Skip to content