11 November 2024 – Majlis pecah tanah Kilang GULTECH MALAYSIA telah dirasmikan oleh YB Dr. Haim Hilman Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Inovasi.
Kilang ini dijangka beroperasi pada Jun 2026 dan akan memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan sektor pembuatan di Malaysia. Kilang GULTECH MALAYSIA ini juga akan mencipta peluang pekerjaan dan memberi impak positif kepada ekonomi tempatan dan negara.
Gultech Malaysia Sdn Bhd berkomitmen untuk membawa teknologi terkini dalam pembuatan, serta menyokong perkembangan industri berteknologi tinggi di Kulim Hi-Tech Park.
Hadir sama, Puan Uzwana Binti Mahmud, Pegawai Perancang Bandar Jabatan Perancangan dan Landskap Majlis Perbandaran Kulim Kedah.
Sedutan video ucapan YB Dr. Haim Hilman Abdullah : https://www.facebook.com/share/v/15dVWmdum2/?mibextid=QwDbR1