21 November 2024 – Majlis Perasmian Pembukaan CKD Malaysia Sdn. Bhd. di Kulim Hi-Tech Park, Kedah telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Menteri Besar Negeri Kedah.
Pembukaan CKD Malaysia Sdn. Bhd. di Kulim Hi-Tech Park merupakan langkah signifikan dalam memperkukuh daya saing industri tempatan, serta memberi impak positif kepada pembangunan ekonomi dan peluang pekerjaan di daerah Kulim.
Semoga kerjasama antara pihak kerajaan dan swasta ini dapat terus memajukan negeri Kedah ke arah lebih banyak kejayaan di masa hadapan.
Sebagai tanda sokongan, pihak Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) turut dihadiri oleh TPr. Mohammad Fadhlan Bin Ibrahim, Penolong Pengarah, Jabatan Perancangan dan Landskap MPKK mewakili Dato’ Yang Dipertua MPKK atas jemputan sempena majlis perasmian ini.