Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin dan Raja Puan Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff Mencemar duli mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Mangsa Banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Hosba, Kubang Pasu Kedah

29 November 2024 (Jumaat) – Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin dan Raja Puan Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff berkenan mencemar duli mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Hosba (SMKH) di sini, hari ini.

Dalam lawatan tersebut Baginda berdua turut menziarahi dan menyantuni keluarga mangsa yang terlibat banjir disamping menghulurkan sumbangan berupa wang tunai dan bakul makanan sumbangan dari Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMKH telah dibuka mulai 28 November lalu berikutan terdapat seramai 115 orang dari 55 keluarga menjadi mangsa musibah banjir yang telah melanda beberapa kampung di sekitarnya yang terdiri dari Kampung Betong, Kampung Padang Asun Luar, Kampung Tebing, Kampung Makpap, Kampung Kunluang, Kampung Jalan Bemban, Kampung Natoi, Kampung Nongka, Kampung Padang, Kampung Sungai Petani, Kampung Bukit dan Kampung Lama.

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

Skip to content