26 November 2024 – Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) telah melaksanakan lawatan rasmi ke Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Kedah Darul Aman, bagi memberikan pendedahan yang lebih mendalam kepada Pegawai dan Ahli Majlis MPKK mengenai tatacara serta perjalanan persidangan dewan.

Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh kefahaman terhadap amalan pentadbiran kerajaan negeri, di samping mempertingkatkan pengetahuan mengenai sistem perundangan dan tadbir urus yang dilaksanakan di peringkat negeri.

Pengalaman ini diharap dapat memberi impak positif dalam meningkatkan keupayaan mereka dalam menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat, khususnya di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

MPKK komited dalam memperkasa lagi penyampaian perkhidmatan awam yang lebih efisien, telus, dan berkesan kepada rakyat, selaras dengan aspirasi kerajaan negeri.

Klik untuk gambar sekita program

#DUNKedah

#TadbirUrus

#Perundangan

#LawatanRasmi

#KefahamanTadbirUrus

#MajlisPerbandaranKulimKedah

Skip to content