PERTEMUAN ,BUAL BICARA, DEKLARASI SERTA HALATUJU KE ARAH KECEMERLANGAN KAKITANGAN MPSPK .
“Niat seseorang memanifestasikan natijah”. Muhammad Amirul bin Khosim ( Pembantu Penguatkuasa )
Yang Dipertua, YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah hari ini meluangkan masa mengadakan perjumpaan bersama Kumpulan Pertama kakitangan yang bakal menjadi Mentor kepada rakan-rakan sekerja yang berlangsung di Dewan Bankuet, Aras 6 pada jam 10.00 pagi tadi.
Kesemua yang hadir diberi peluang untuk menyalurkan pendapat serta pandangan mereka selepas menyertai bengkel jati diri yang diadakan pada 19 November hingga 21 November 2024 yang lalu di Amazing Camp Legacy, Lenggong Perak . Sesi ikrar turut dilaungkan di hadapan Yang Dipertua, Pengarah-Pengarah Jabatan dan Ketua-Ketua Bahagian dalaman MPSPK.
Bengkel tersebut diadakan bertujuan untuk membentuk beberapa kumpulan kakitangan yang bakal menjadi Mentor bagi tujuan membina akhlak dan sahsiah diri warga MPSPK secara berterusan disamping meningkatkan motivasi diri bagi membangkitkan kesedaran untuk mencapai sesuatu tujuan.
Klik untuk video sekitar programKlik untuk gambar sekitar program