KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN PENANDA ARAS JABATAN BANGUNAN MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM(MBSA) KE MAJLIS PERBANDARAN KULIM, KEDAH(MPKK)

01 Disember 2024 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) menerima kunjungan hormat dan lawatan penanda aras Jabatan Bangunan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Delegasi ini diketuai oleh Yang Berusaha Puan Noraidah binti Haji Basri, Pengarah Jabatan Bangunan, MBSA.

Sesi taklimat dimulakan dengan ucapan aluan daripada TPr. Haji Hamzah bin Ab Halim, Pengarah Jabatan Perancangan dan Landskap MPKK, yang seterusnya disusuli dengan taklimat mengenai tatacara kerja di bawah Akta 133, pengurusan pentadbiran dan penguatkuasaan di bawah Jabatan Bangunan telah disampaikan oleh Ar. Haji Mohd Nazri bin Harun, Pengarah Jabatan Bangunan MPKK.

Delegasi seterusnya dibawa melawat ke tapak Kulim Green Commercial Centre, Malaysia’s Green Building lokasi di Jalan Damai, Kulim untuk melihat secara langsung pelaksanaan dan pengurusan aktiviti pembangunan di kawasan tersebut.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama antara kedua-dua pihak dan meningkatkan perkhidmatan yang lebih baik dan efisien kepada masyarakat.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

#KulimSmartCity

#thegreaterkedah

Skip to content