MAJLIS PELANCARAN VAN KAUNTER BERGERAK
Bahagian Hasil MPSPK pada pagi ini telah mengadakan Majlis Pelancaran Van Kaunter Bergerak.
Van ini akan digunakan bagi perkhidmatan semakan dan bayaran cukai pintu. Inisiatif ini membolehkan orang ramai membuat bayaran cukai pintu dengan lebih mudah tanpa perlu hadir ke pejabat MPSPK.
Majlis disempurnakan oleh Yang Dipertua MPSPK YM Tunku Iskandar Shah Bin Tunku Muszaffar Shah. Hadir sama Ahli-Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian dan kakitangan MPSPK.
Klik untuk gambar sekitar program