BENGKEL ANALISA RISIKO DAN PEMURNIAN PELAN PENGURUSAN KESINAMBUNGAN PERKHIDMATAN (PKP) MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

1-2 September 2024 – Bengkel Analisa Risiko Dan Pemurnian Pelan Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) MBAS yang telah berlangsung selama 2 hari bertempat di Dewan Besar as-Sakinah, Tingkat 7, Menara MBAS. Ia diadakan bertujuan untuk melengkapkan pengemaskinian Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan.
 
Bengkel ini telah menampilkan penceramah dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia iaitu Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan ICT Dan Rahsia Rasmi, Pn. Azreena Mohd Norawi dan Penolong Pegawai Keselamatan, Bahagian Sasaran Penting dan Kawasan Larangan Tempat Larangan, Pn. Siti Hafizah Mohd Shah.
 
Tuan Setiausaha MBAS, En. Nasrankamil Noh telah hadir menyempurnakan majlis penutup bengkel berkenaan dan menyampaikan cenderahati kepada para penceramah.
 
Skip to content