DATUK BANDAR ALOR SETAR MENGHADIRI MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MONOLOG KEMERDEKAAN 2024
7 September 2024, Alor Setar – Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Haji Md Daud menghadiri Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Monolog Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan bertempat di Auditorium JKKN Kedah. Majlis tersebut telah diempurnakan oleh EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato’ Mohd Salleh Saidin.
Acara ini dianjurkan dengan penuh komitmen oleh Persatuan Penggiat Seni Kreatif Kedah (PERSPEKTIF), bermula 5 hingga 7 September 2024 bersama sokongan padu daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kedah, Kerajaan Negeri Kedah, serta Majlis Bandaraya Alor Setar. Sebanyak 14 pasukan dari seluruh Malaysia mengambil bahagian, dan johan dimenangi oleh Negeri Selangor “Juang” karya Teatma Production.
Hadir sama Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kedah, Puan Sabarina Masadi; Pengerusi PERSPEKTIF, Encik Ishak Ahmad dan Pengerusi Puspanita MBAS, Datin Hajah Suriyati Haji Sabar.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'