DATUK BANDAR ALOR SETAR MERASMIKAN PROGRAM JOM KITAR SEMULA
09 September 2024, Alor Setar – Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud merasmikan program Jom Kitar Semula yang diadakan bertempat di Bangunan Amanah Raya (Hotel Holiday Villa Alor Setar).
Program ini berlangsung dari 8-10 September 2024 yang diadakan bertujuan bagi memupuk kesedaran di kalangan masyarakat demi menjaga kelestarian alam sekitar.
Program Jom Kitar Semula ini merupakan anjuran MBAS bersama Puspanita MBAS dengan kerjasama SWCorp, E-Idaman Sdn Bhd, Pertubuhan Kebajikan Gerakan Bersatu Pulau Pinang (GERAK) serta guru dan pelajar SMK Alor Janggus Alor Setar.
Hadir sama di majlis tersebut Pengerusi Puspanita MBAS, Datin Hajah Suriyati Binti Haji Sabar; Pengarah Pembangunan Kemasyarakatan MBAS, En. Bohari Md Yusof; Pen. Pengarah Kanan SWCorp Kedah, Pn. Azhana Che Ghazali; Ketua Bahagian Pembangunan Perniagaan E-Idaman Sdn Bhd, En. Mohd Rizam Che Beson; Pen. Kanan Kokurikulum SMK Alor Janggus, Pn. Shuhana Shahadan serta Pengasas dan Penasihat NGO GERAK, En. Muzamir Dahari.
Ayuh warga Bandaraya Alor Setar, Program Jom Kitar Semula akan berlangsung sehingga 10 September 2024. Jangan lupa mai!
1. HANTAR + TIMBANG = WANG
9.00 PAGI – 1.00 PETANG
(Plastik Campur, Pet, PP, HDPE, LDPE, Tin Aluminium, Tin Besi, Besi, Kertas Campur, Kertas Hitam Putih, Kotak, Surat Khabar Lama, Minyak Masak Terpakai, Kaca)
2. ‘DRIVE THRU’
9.30 PAGI – 4.30 PETANG
(Fabrik Terpakai)
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'