KEDAH TERPILIH SEBAGAI PUSAT KAJIAN MOTOSIKAL ELEKTRIK

9 September 2024, Alor Setar – Kedah terpilih sebagai rakan kolaborasi bersama Focus Applied Technologies Sdn Bhd (FAT) di dalam penyelidikan United Nations Environment Programme (UNEP) berkaitan penggunaan motosikal elektrik di Malaysia.
 
FAT telah memberikan lima buah motosikal sebagai penyelidikan kepada negeri Kedah. Penyerahan lima buah motosikal tersebut melibatkan Kerajaan Negeri Kedah serta 4 buah Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Kedah dan Majlis Bandaraya Alor Setar menjadi salah satu PBT yang menerima motosikal tersebut. Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Wisma Darul Aman, petang tadi.
 
Skip to content