LAWATAN EXCO PERTANIAN, PERLADANGAN DAN PENGANGKUTAN NEGERI KEDAH BERSAMA PIHAK MBAS KE LOKASI ADUAN TAMAN WIRA MERGONG, ALOR SETAR

5 September 2024, Alor Setar – Exco Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan Kerajaan Negeri Kedah, YB Dzowahir Ab. Ghani bersama pihak MBAS telah mengadakan satu lawatan ke Taman Wira Mergong dan sekitarnya berikutan beberapa aduan oleh penduduk di kawasan berkenaan petang tadi.
 
Lawatan tersebut turut dihadiri Ahli Majlis MBAS merangkap Pegawai Kawasan Zon 7 (Shahab Perdana), Puan Noor Azra Md Saleh; Pengarah Jabatan Kejuruteraan MBAS, Tn. Haji Md. Nayan Bahari; Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran MBAS, En. Khairuddin Idris; Ketua Bahagian Pembangunan & Kerja Awam, En. Ahmad Sujairi Md. Hassan, kakitangan terlibat serta para penduduk setempat.
 
Skip to content