LAWATAN KERJA TIMBALAN MENTERI KPKT KE PROJEK PERUMAHAN SWASTA DI DAERAH KOTA SETAR DAN POKOK SENA

06 September 2024 – Timbalan Menteri KPKT, YB Datuk Hjh. Aiman Athirah Binti Sabu telah mengadakan satu lawatan kerja ke projek perumahan swasta di Taman Malinja, Alor Setar dan Taman Harapan, Pokok Sena.
 
Lawatan tersebut diadakan bertujuan bagi meninjau status pelaksanaan projek perumahan swasta yang masih belum menerima Sijil Perakuan dan Pematuhan (CCC) berikutan beberapa permasalahan yang dihadapi oleh pihak pemaju.
 
Mengiringi beliau ialah Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud, pegawai-pegawai KPKT dan MBAS serta pihak-pihak terlibat.
 
Skip to content