MAJLIS PENYERAHAN PIALA DATUK BANDAR MARCHING STREET PARADE MENJELANG MWBC & NATCOMP 2024
10 September 2024, Alor Setar – Majlis Penyerahan Piala Datuk Bandar sempena Marching Street Parade yang berlangsung sebentar tadi di Pejabat Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS). Majlis ini menyaksikan penyerahan simbolik piala oleh Datuk Zulkifli Ishak, Penaung Yayasan Amanah lndustri Kreatif Kebangsaan (YAIKK) kepada Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud, sebagai persediaan menjelang Malaysia World Band Competition (MWBC) dan Malaysia National Band Competition (NATCOMP) 2024 yang akan bermula pada 12 September ini.
Marching Street Parade, yang akan diadakan pada 13 September 2024 di Stadium Darul Aman, dijangka menjadi acara yang dinanti-nantikan dalam kalendar MWBC & NATCOMP 2024, dimana 40 pasukan marching band dari Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Filipina akan mempamerkan kreativiti dan disiplin mereka di hadapan ribuan penonton. Pemenang acara ini akan dianugerahkan Piala Datuk Bandar, yang diserahkan kepada pasukan yang menunjukkan persembahan paling cemerlang dalam kategori ini.
Ayuh warga Bandaraya Alor Setar kita memeriahkan MWBC & NATCOMP 2024 yang akan berlangsung dari 12 hingga 15 September ini. Jangan lupa mai!
Untuk info lanjut ikuti https://www.facebook.com/NATCOMP
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'