BENGKEL KAJIAN SEMULA PELAN ANTI RASUAH MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

16 Oktober 2024 – Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Haji Md Daud telah menyempurnakan majlis penutup Bengkel Kajian Pelan Anti Rasuah MBAS petang tadi yang diadakan bertempat di Dewan Oldclub House, Royal Kedah Club.
 
Bengkel tersebut telah bermula sejak dua hari yang lalu dengan melantik pegawai Tadbir Urus Negeri Kedah (JITU) sebagai pembimbing dan fasillitator iaitu Penolong Pengarah JITU, En. Mohd Zainol Fitri Dato’ Haji Mat Noh; Pegawai JITU, En. Mohd Razif Mahmood dan En. Airul Amir Abdull Alias.
 
Bengkel Kajian Pelan Anti Rasuah MBAS ini merupakan langkah MBAS sebagai perancangan dan usaha untuk menyemak dan mengemaskini semula dokumen Pelan Anti Rasuah baru yang komprehensif untuk tempoh bermula tahun 2025 hingga 2029.
 
Turut hadir Tuan Setiausaha MBAS, En. Nasrankamil Noh.
 
 
Skip to content