'DIEM ART FEST TALK' BERSAMA DATUK BANDAR ALOR SETAR

15 September 2024, Alor Setar – Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud telah hadir sebagai panel jemputan ke satu sesi dialog ‘Diem Art Fest Talk’ yang diadakan bertempat di Jeti Pekan Cina, petang tadi. Sesi dialog tersebut mengupas beberapa perkara antaranya hala tuju Bandaraya Alor Setar dan cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan visi dan misi ke arah mencapai Bandaraya Berdayahuni 2035.
 
Hadir sama Pengerusi Puspanita MBAS, Datin Hajah Suriyati Binti Haji Sabar serta Ketua Bhg. Pelancongan & Kebudayaan MBAS, Puan Siti Nurfazlina Binti Abd Tafarudin.
 
DIEM Art Fest ini berlangsung selama 2 hari pada 15-16 September 2024. Pelbagai jenis jualan dan aktiviti menarik yang akan diadakan di sepanjang berlangsungnya program tersebut.
 
 
Skip to content